Pengikut

Jumaat, 23 September 2011

Muhyiddin patut malu dengan kenyataan Bishop ini..

Jika Muhyiddin Yassin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana menurutnya hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Kenyataan yang secara tidak langsung mengakui bahawa memang tidak wujud keadilan dinegara ini..

Berlainan pula dengan pendapat seorang bukan Islam yang Majlis Ketua-Ketua Gereja Katholik Malaysia.


Dr Paul Tan Chee Ing, Presiden Majlis Ketua-Ketua Gereja Katholik Malaysia berkata Baginya adalah tidak betul bagi kerajaan menghalang Kelantan dan juga umat Islam di sana yang mahu melaksanakan suruhan agama mereka. Biarlah mereka laksanakan hudud jika itu yang mereka mahu kerana hukum tersebut hanya untuk umat Islam sahaja dan tidak melibatkan penganut agama lain.


Bishop Paul’s nuanced stance on Hudud
By Terence Netto

The reignited debate over the implementation of hudud law in Kelantan has drawn a nuanced response from what at first glance would be considered an unexpected quarter.

Catholic Bishop Dr Paul Tan Chee Ing, in his remarks made to Malaysiakini today, held forth on the subject and has come up with a stance he thinks is calibrated to meet the challenges the question of Islam poses to Malaysian society.

“One would think I should lack the presumption to weigh-in on the discussion, being non-Muslim and belonging to a religion that subscribes to the separation of the secular from the religious spheres,” being the titular head of Catholics in the Melaka-Johor diocese.

“But Islam is, above all, a political question and support for syariah, of which hudud is a part, is an obligation for the Muslim. Therefore a non-Muslim citizen such as me and a religious leader at that ought to have a say on this matter,” asserted the Jesuit-trained prelate.

“I say it’s time to allow Muslims in Kelantan, if they so desire, to implement syariah only for them and with that the hudud enactments provided non-Muslims are exempt from its implementation,” said the Bishop who is concurrently President of the Catholic Bishops’ Conference of Malaysia.

“Between the contention that the Federal Constitution is a colonial imposition and the obligation of Muslims to support syariah, I say the wiser non-Muslim stance would be to hold that if syariah is what Kelantan Muslims want and if we are given a cast-iron guarantee that it will not be implemented on us, we would not object to Muslims wanting it,” he argued.

“Bear in mind, this is not a question that is going to go away but it is not a question that will continue to be framed in the same terms as it is today in Malaysia,” continued the Bishop. “What do I mean by this?” asked the cleric who obtained his doctorate from Ecole ’Etude Science Social’ whose degree is from Sorbonne, the ‘Harvard of Europe’ in medieval times.

“You take the Arab Spring that has roiled nations in that arc from Tunisia to Syria. Do you see it as an Islamic uprising or a democratic insurgence? I hesitate to claim that it’s a democratic rising of peoples. You cannot tell for sure, but it is not specifically Islamic in character. I take the long view and see it all as part and parcel of the enduring debate between the Mutazilities and the Asharites in Islam.

“The former holds that you need reason to explain the world; the latter that God does not need reason and that He is all power and will. I pray the Mutazilites win the debate. I don’t know if that extraordinary man, the Menteri Besar of Kelantan, is a Mutazilite or an Asharite. Sometimes he sounds like a Mutazilite, sometimes like an Asharite.

“But that ambiguity is a good thing. It shows he is not dogmatic. I say let him and all who hold with him have their way so long as non-Muslims have iron-clad guarantees of their exemption.”

Bishop Paul Tan concludeesd his soliloquy this way: “I take the long view of history which is that the key question, in our times and in all tim, is as the philosopher Nietzsche, incidentally an anti-Christian thinker, framed it: What is the fundamental constitution of reality?

“I claim that if your theological assumptions of reality are incorrect, you are headed for trouble in this world and that if they are correct, you will have the peace that surpasses all understanding. I am in favor of Kelantan Muslims having hudud implemented for them only.”

Malaysiakini

Rabu, 24 Ogos 2011

Ambil Pengajaran Daripada Akhlak Para Sahabat

Oleh: ppdcgroup

Ambillah pengajaran dari akhlak sahabat-sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga :

1. Abu Bakar Ash-Shiddiq : Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu’anhu (RA) adalah khalifah pertama, setelah Nabi wafat. Ia sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, kemanapun Nabi pergi, ia selalu menyertainya. Termasuk saat Rasulllah dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan risiko. Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Ia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran islam, karena ia tahu betul keagungan ahklak Rasulullah. Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi’raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, ia diberi gelar oleh Rasulullah yakni Ash-Shiddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ). Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ). Ia dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah.

2. ‘Umar bin Khattab : ‘Umar bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Ia termasuk sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, ia dikenal sebagai sosok yang jago gulat dan gemar mabuk-mabukan. Seluruh penduduk Makkah merasa takut kepadanya.

‘Umar memeluk islam setelah mendengar surat Thoha yang dibacakan saudara(adik) perempuannya. Ia sangat keras dalam membela agama Allah. Ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi s.a.w dan sahabat. Saat ‘Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah luas. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam kurun waktu satu tahun (636-637 M). Pemimpin yang sederhana dan mempedulikan rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk @ Lukluah saat memimpin shalat (23 H/644 M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah s.a.w.

3. ‘Ustman bin Affan : ‘Ustman bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat kepimpinannya, ia berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al-Qur’an.

‘Ustman bin Affan masuk islam lewat di atas ajakan Abu Bakar. Ia mendapat gelaran Dzun Nur ‘Ain ( pemilik dua cahaya ), karena menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum. ‘Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Ia selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah apalagi ketika Islam memerlukan bantuan kewangan bagi menghadapi peperangan. Saat berkecamuk perang Tabuk, ‘Ustman menyumbang lebih dari 940 unta, kemudian membawa 60 kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. ‘Ustman wafat pada tahun 35H atau 655M.

4. ‘Ali bin Abi Thalib K.W: ‘Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah orang yang pertama masuk Islam daripada golongan kanak-kanak.

Ali terkenal orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat peristiwa hijrah, ‘Ali tidur diatas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di dalam rumah.‘Ali wafat pada tahun 40 Hijriyah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljim dengan pedang yang beracun setelah keluar untuk solat shubuh. Ia meninggal dalam usia 63 tahun dan menmerintah selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.

5. Thalhah bin Abdullah : Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Ia berasal dari suku Quraisy. Saat berkecamuk perang Uhud, Thalhah ikut serta berjuang bersama Nabi. Di arena tersebut ia menderita luka parah. Dia menjadikan dirinya sebagai perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan menancapkan diri Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M. Ia syahid saat mengikuti perang Jamal iaitu peperangan yang melibatkan Aisyah, az-Zubir dan Thalhah.

10 Sahabat Nabi Dijanjikan Syurga

Sa’id bin Zaid (antara golongan 10) yang berkata, bahawa Rasulullah bersabda “10 orang di syurga iaitu 1-Abu Bakar di syurga, 2-Umar di syurga 3-Uthman di syurga, 4-Ali 5-azZubair di syurga 6-Talhah di syurga 7-Abdurrahman bin Auf di syurga 8-Abu Ubaidah di syurga 9-Saad bin Abi Waqas di syurga”, kemudian beliau (Said bin Zaid) diam dari menyebut yang kesepuluh, dan apabila ditanya dia memberitahu bahawa dia (Said bin Zaid termasuk didalam 10)- Riwayat atTirmizi.

Selasa, 23 Ogos 2011

Islam bertapak di tanah bikini-mini dan karnival

RIO DE JANEIRO - “As-salam-aleikum!” Ucap Omar kepada para jemaah semasa memasuki masjid pertama di Rio iaitu Mesquita da Luz selepas beliau berbuka puasa.

Itulah antara bahasa Arab yang Omar tahu dan beliau terus meneruskan perbualannya dalam bahasa Portugis bersama rakan-rakan Islam yang lain, yang sepertinya baru memeluk agama tersebut di dalam negara terbesar penganut Kristian Katholik.

Di tanah yang lebih terkenal dengan bikini-mini dan karnival mewah yang memaparkan wanita yang berpakaian jarang, satu kumpulan kecil dan sedang bertambah besar orang Brazil dari pelbagai kaum telah memeluk agama Islam.


Untuk berdekad, hanya keluarga berketurunan dari Libya, Palestine dan Syria yang mengamalkan Islam di Brazil.

Omar, sehingga empat tahun yang lepas merupakan seorang paderi di satu gereja tempatan, menceritakan mengapa beliau memeluk Islam.

“Dalam Islam, saya menjumpai semua benda yang tengah saya cari.  Saya jumpa Tuhan sebagaimana yang Dia mahu, tanpa sebarang pengubahsuaian,” kata Omar, 34 kepada AFP.

Berpakaian jubah djellaba tradisional lama, beliau enggan memberikan nama sebenar, tetapi hanya memberikan nama Muslim beliau: Omar Israfil Dawud bin Ibrahim.

"Pada masa ini, anda akan belajar bahawa Islam adalah salah satu agama monoteistik. Tidak ada prejudis terhadap agama ini," kata Omar, yang berada di sisi isterinya Alessandra Faria, yang menggunakan nama “Fatima” selepas memeluk Islam dan membuat keputusan untuk mula memakai tudung.

“Pada permulaannya, ibu saya amat takut untuk berada di luar dengan saya. Saya pakai tudung untuk menunjukkan saya Muslim dan sedar bahawa saya adalah sebahagian daripada golongan minoriti,” kata Fatima.

Hijab Fatima mungkin menarik perhatian kerana ia sangat ganjil di Rio, yang rata-ratanya lebih lumrah melihat wanita-wanita berjalan hanya dalam bikini-mini di tepi laut, namun beliau percaya kepercayaannya akan ada tempat di Rio.

“Brazil ialah satu tempat pelbagai budaya. Campuran ini menyebabkan orang Brazil sedang beradaptasi dan toleransi.”

Seperti umat Islam di sini, Omar and Fatima adalah orang baru dalam Islam. Mereka bercadang untuk melawat negara Arab Saudi tahun depan dengan satu grant (biasiswa) dari kerajaan Saudi untuk belajar bahasa Arab.

Pengubahsuaian dan penambahbaikan masjid yang mereka kunjungi di bahagian pedalaman Tijuca, utara daripada Rio telah bermula sejak empat tahun yang lalu dengan derma daripada para jemaah. Masjid itu dijangka dapat menampung 400 orang semasa waktu sembahyang, satu kenaikan taraf yang ketara.

“Bilangan umat Islam semakin bertambah, dan ramai orang Brazil telah bertukar ke Islam. Kita mencari ahli baru secara online,” kata Sami Isbelle, jurucakap kepada Beneficent Muslim Society (SBMRJ).

“Di Rio, terdapat 500 keluarga Muslim, 85 peratus daripadanya adalah orang Brazil yang bertukar agama tanpa ada sebarang pertalian dengan Arab,” kat Isbelle.

Berlainan pula di Sao Paulo dan bahagian selatan Brazil, di mana kebanyakan umat Islam adalah dilahirkan sebagai Islam dan berketurunan Arab.

Banci Brazil tidak mengambil kira bilangan umat Islam, tapi hanya mengeluarkan data mengenai Katolik, evangelicals Kristian, orang-orang Yahudi, Spiritualists dan pengikut agama Afro-Brazil.

“Muslim dikategorikan dalam senarai ‘agama lain-lain’ bersama Buddha, sebagai contoh,” kata pakar Islam Paulo Pinto dari Fuminense Federal University, yang menganggarkan Brazil ialah kediaman untuk sejuta umat Islam.

Indikasi terbaik terhadap perkembangan Islam di negara ini ialah dalam peningkatan tempat beribadat, menurut Pinto. Sekarang ini terdapat 127 masjid, empat kali lebih banyak berbanding tahun 2000.

Selepas serangan September 11 di Amerika Syarikat, “ada perkembangan minat terhadap Islam dan ramai yang ingin memeluknya,” tambah Pinto. “Islam kini dilihat sebagai satu bentuk rintangan yang baru.”

Namun, ia adalah “telenovela” atau satu drama (soap opera) yang dilancarkan tiga minggu selepas serangan 2001, “The Clone” yang menyemarakkan minat orang Brazil terhadap Islam.

Bertempat di Morocco, drama popular itu telah menunjukkan “imej positif di bahagian tersebut di dunia, dengan satu wira Muslim yang baik hati,” kata Pinto.

"Terdapat kecenderungan untuk berfikir bahawa budaya Brazil, sebagai liberal dan sensual seperti yang sedia ada, adalah bertentangan dengan kaedah-kaedah Islam.

"Tetapi yang sebenarnya, terdapat banyak kaedah-kaedah konservatif yang sebahagiannya daripada kawalan moral dan seksual. Lihatlah berapa banyak evangelicals Kristian yang berjaya di Brazil! "

surau At Taqwa Puncak Alam slide show


Isnin, 22 Ogos 2011

Peringatan buat umat melayu, jangan dok besaqkan seronok ja...

Media Lebih Besarkan Syawal – Dr Haron Din

Oleh Litmohd

Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan dan maghfirah yang dinantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia saban tahun. Tetapi malangnya di Malaysia, kelebihan dan keberkatan beramal di bulan Ramadhan tidak begitu tertonjol kerana ditenggelami oleh seruan keseronokan menyambut 1 Syawal.

Jika ada pun untuk Ramadhan ialah iklan-iklan berbuka puasa secara mewah di hotel-hotel dan sebagainya.

Justeru, tokoh ulamak tersohor tanahair Dr. Haron Din kembali memperingatkan umat Islam akan hadith Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud berkata baginda kepada kaum muslimim “Kamu menghampiri suatu bulan yang mana tidak ada yang lebih baik daripadanya melainkan Ramadhan.”

Manakala kepada kaum musyrikin pula Nabi s.a.w. bersabda “Dan pada kaum musyrikin tidak ada bulan yang buruk dan celaka melainkan bulan Ramadhan.”

Dengan mengutamakan sambutan raya iaitu bulan syawal, apakah umat Islam tidak suka akan amalan di bulan Ramadhan iaitu berpuasa sebagai amalan yang diwajibkan dan berbagai-bagai amalan sunat yang lain yang semuanya dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan ganjaran pahala yang amat besar.

Ia situasi seolah-olah hendak cepat menyambut hari raya dan biarlah puasa di dalam Ramadhan berlalu cepat. Ramadhan seperti merimaskan kerana segala punca nafsu dan syahwat terpaksa dikekang.

Sedangkan para sahabat dan jenerasi awal yang dididik oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. amat gembira apabila hendak memasuki bulan berpuasa iaitu Ramadhan dan amat sedih apabila Ramadhan hendak berakhir.

Mereka gembira dan bersyukur kerana dilanjut usia oleh Allah s.w.t. agar dapat bertaubat dan membersihkan diri serta dapat mengulangi amal soleh yang pahalanya dilipat-gandakan oleh Allah s.w.t.

Prof. Dato’ Dr. Haron Din berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bulanannya di MADI, Jejawi, Perlis, juga sebagai kuliah khas sempena menyambut Ramadhan pada tahun ini.

Beliau mengingatkan umat Islam agar mencapai tahap puasa ke tiga iaitu puasa akhirat atau puasa syariat, iaitu hakikat puasa yang dianjurkan Nabi s.a.w dan diamalkan oleh para sahabat. Inilah puasa yang benar-benar dapat mengubah peribadi seseorang ke arah insan bertakwa.

Ramadhan adalah bulan pertarbiahan dimana setiap muslim sejati berharap agar menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan apabila keluar dari madrasah Ramadhan.

Ini adalah kerana setiap muslim akan bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan amalan masing-masing dan berharap pengampunan daripada Allah s.w.t. sempena di bulan penuh keberkatan itu. Di bulan Ramadhan kata Allah, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Mereka bersedih kerana akan ditinggalkan Ramadhan dan belum tentu akan bertemu Ramadhan lagi di masa akan datang.

Justeru itulah maksud hadith Nabi tersebut apabila datang Ramadhan ia memisah dua kategori manusia iaitu manusia beriman dan manusia yang munafik.

Nabi dan para sahabat lebih bimbang dengan golongan munafik dari golongan kafir. Justeru itulah Nabi berpesan kepada salah seorang sahabat baginda, Abu Dzar di dalam hadithnya yang mashyur bermaksud “Kamu ikhlaskanlah hati kamu di dalam beragama.”

Golongan munafik wujud sepanjang zaman. Golongan orang Islam yang tiba-tiba tidak suka Islam menang untuk memimpin politik di dalam negara ini adalah contoh golongan munafik, jelas Dr. Haron Din lagi.

Justeru itu Dr. Haron Din yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS menyeru kepada seluruh umat Islam agar bertekad pada Ramadhan tahun ini untuk berpuasa berlandaskan puasa syariat bukan puasa bertaraf puasa awwam.

Puasa syariat adalah puasa yang sebenarnya, yakni bukan sahaja tidak makan dan minum dan menjaga segala anggota, tetapi juga membebaskan pemikiran yang boleh menjejaskan aqidah seorang yang beriman.

Jika tidak, dikhuatiri kita tidak beroleh apa-apa dari puasa kecuali lapar dan dahaga, itulah puasa awwam.

Ahad, 21 Ogos 2011

konsep sedekah dalam Islam

Apakah konsep sedekah dalam Islam?

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau, rumah anak yatim atau sebagainya. Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut. Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya, “ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”
(al-Baqarah: 271)

dari blog http://amalansedekah.blogspot.com/2008/07/konsep-sedekah-dalam-islam.html

Ahmed Shehat, Digelar Wira Kerana Turunkan Bendera Israel



KAHERAH -Seorang penunjuk perasaan Mesir menjadi wira kerana dia menurunkan bendera Israel di bangunan kedutaan rejim Zionis itu di sini kelmarin. Tindakan itu dibuat selepas lima anggota polis sempadan Mesir mati ditembak askar-askar Israel yang sedang mengejar para pejuang Palestin.
Para pejuang Palestin itu didakwa melarikan diri ke wilayah Palestin selepas lapan rakyat Israel mati di dalam wilayah Yahudi. Israel menyalahkan para pejuang Palestin dari Gaza yang telah menyelinap masuk ke dalam wilayah Israel sehingga mengakibatkan kematian penduduknya.
Rejim Zionis kemudian meminta maaf ekoran kematian lima anggota polis Mesir semasa insiden memburu para pejuang Palestin di wilayah Mesir dilakukan Israel.
Namun, perbuatan Israel itu mencetuskan kemarahan penduduk Mesir. Sejumlah penduduk Mesir berhimpun di luar kedutaan Israel bagi membantah tindakan Israel yang membunuh anggota polis Mesir.
Seorang penunjuk perasaan yang bertindak berani menurunkan bendera Israel di kedutaan Israel itu dikenali sebagai Ahmed Shehat. Bendera Israel itu kemudian dikoyak oleh sejumlah penunjuk perasaan dan menjadikannya sebagai cenderamata.
Beberapa penunjuk perasaan lain membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat.
Seorang calon presiden Mesir, Hamdeen Sabahi memuji Ahmed sebagai wira rakyat menerusi laman Twitter."Ini adalah untuk Palestin. Ini adalah untuk Mesir. Ini adalah untuk setiap penduduk Arab. Ini adalah untuk setiap individu yang bebas," kata salah satu mesej di Twitter mengenai keberanian Ahmed.
Kelmarin, Kementerian Luar Mesir memanggil Kuasa Usaha Israel untuk memberi amaran berhubung kejadian lima anggota polis itu mati ditembak.
Kuasa Usaha Israel itu dipanggil kerana duta Israel ke Mesir berada di luar negara. -Agensi/Kosmo

Petanda Malam Lailatul Qadar






Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak men
entukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Sumber : iLuvislam.com

Iktibar dan pengajaran, tiada kemahiran memandu laju dijalan benkang bengkok.





Kemalangan  berlaku pada 21 ramadhan jam 8 pagi di kampus UiTM Puncak Alam.