Pengikut

Ahad, 31 Julai 2011

TENGOK ANAK BULAN DAN PERSOALANNYA

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Ust. Ahmad Baei Jaafar

Mungkin anda pernah berkata, kenapa nak bazirkan wang rakyat dengn pergi tengok anak bulan. Tentu banyak belanja; kos kenderaan, minyak dan makanan, padahal keputusannya sudah kita tahu.

Ada juga yang berkata, tengok anak bulan hanya syarat saja, sedangkan hari puasa atau raya sudah ditetapkan, tarikh itu tidak akan diubah kerana jika berlaku perubahan boleh merosakkan perancangan raya pada pihak kerajaan.

Tidak kurang juga yang berkata kenapa tidak ikut kelender sahaja, biasanya tepat. Dengan ini tidak banyak belanja.

Kata-kata ini lahir daripada mereka yang keliru dengan hukum Islam dan keputusan kerajaan. Sesetengah orang menyangka kerajaan ada kuasa sesegalanya. Malah mereka menyangka kerajaan yang buat keputusan dan ulama terpaksa ikut. Pandangan ini sebenarnya satu penghinaan terhadap kerajaan juga satu penghinaan terhadap ulama.

Sebenarnya dalam menentukan hari raya dan puasa telah dipersetujui satu kaedah yang menepati sunnah. Kaedah tersebut berbunyi, penentuan puasa dan raya berdasarkan rukyah dan hisab.

Hujah tersebut bersumberkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن النبي (ص) قال: صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته، فإن غم عليكم فأكملوا عدة شعبان ثلاثين يوماً. رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah R.A: Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda: “Berpuasalah kamu setelah kamu melihat anak bulan (Ramadan), dan juga berbuka puasalah (beraya) kamu setelah melihat anak bulan (Syawal), sekiranya ia terlindung dari pandangan kamu, maka sempurnakan bilangan hari bagi bulan Syaaban itu sebanyak 30 hari ).” (Riwayat Bukhari da Muslim)

Menurut hadis tersebut Ramadan dan Syawal perlu ditentukan dengan melihat anak bulan. Tetapi apabila tidak kelihatan maka cukupkan Syaaban atau puasa sebanyak 30 hari. Ertinya anak bulan perlu dilihat pada hari 29. Namun untuk merealisasikan ini, kepakaran ilmu falak diperlukan kerana mereka inilah yang menentukan kedudukan anak bulan ternasuk waktu yang sepatutnya dilihat.

Walau bagaimanapun keadaan cuaca dan iklim di negara ini pada waktu ini tidak menentu dan keadaan ini menyukarkan anak bulan dilihat walaupun pada kiraan falak anak bulan boleh kelihatan, maka kaedah di atas ditambah seperti berikut, “jika mengikut perkiraan falak anak bulan boleh kelihatan tetapi secara rukyahnya tidak kelihatan maka pandangan falak diterima. Dan jika mengikut perkiraan falak anak bulan tidak boleh kelihatan, tetapi secara rukyah berjaya melihat anak bulan maka rukyah diambil kira.”

Berdasarkan itu, kalau anak bulan mengikut perkiraan ahli falak boleh nampak, maka esoknya sudah pasti berpuasa atau raya. Namun rombongan melihat anak bulan itu tetap wajib pergi untuk mengesahkan anak bulan boleh kelihatan. Tetapi jika mereka tidak nampak juga, maka perkiraan falak hendaklah dipakai.

Dalam keadaan lain pula kalau pada perkiraan falak anak bulan tidak boleh kelihatan kerana tidak cukup umur sebagai contoh, rombongan melihat anak bulan masih wajib pergi untuk melihat anak bulan pada hari 29. Mereka perlu mengesahkan sama ada nampak atau tidak. Jika dalam keadaan itu mereka boleh nampak anak bulan maka esoknya perlu puasa atau raya. Tetapi jika sebaliknya, tidak nampak anak bulan, maka esok adalah 30 Syaaban atau Ramadan.

Berdasarkan pengalaman dan kepakaran ahli falak sehingga ke hari ini yang mereka tidak pernah gagal dalam kajiannya, terutama dalam penentuan gerhana matahari dan bulan, juga penentuan wakut solat, maka kaedah dalam menentukan puasa dan raya boleh diterima pandangan falak.

Selain itu dengan kaedah ini juga mampu memberi peluang persiapan kepada umat Islam sama ada untuk berpuasa atau raya. Mereka tidak perlu lagi menunggu bila akan diistiharkan puasa atau raya. Sebagai asasnya mereka sudah boleh berpegang kepada pandangan falak.

RAMADHAN YA RAMADHAN...........


KEDATANGAN bulan yang penuh berkat, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Pihak surau At Taqwa mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam tidak kira di mana anda berada, terutama kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuniNya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Marhaban ya Ramadhan

AWAS!!! KURMA DARI ISRAEL


MAKLUMAT yang diperolehi dari blog Chegubard, beliau menggesa orang ramai agar jangan membeli kurma jenama Jordan River yang boleh didapati dengan mudah di pasaran negara ini.

Kurma jenama ini dipercayai berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura sebelum dibungkus semula dan dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Berbuka dengan kurma jenama Jordan River ini ibarat anda berbuka puasa dengan darah dan air mata anak-anak saudara kita di Palestin. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan, saudara-mara, adik beradik dan sahabat handai.

Sumber: [Blog Chegubard]

Lawatan YB Zul ke surau at Taqwa Astana Alam2 Puncak Alam

GOTONG ROYONG TERAKHIR SEBELUM RAMADHAN

Gotong royong lagi.... sempena Ramadhan yg bakal menjelang malam ini jemaah surau di panggil berkumpul lagi bagi memastikan surau berada dalam keadaan betul betul selesa buat bertarawih malam ini, insyaallah........ kepada semua jemaah surau astana alam 2 "SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN".... pesta ibadah pun bermula, subhanallah... indahnya Ramadhan.... mari kita raikan Ramadhan beramai ramai......... insyaallah...

En. Ali sebagai kontraktor


bakat terpendam...



Encek Mahat sentiasa ada.....



elektrikal maintnance, En. Nik.......

remaja surau, bakal imam muda, insyaallah....

org kuat surau at Taqwa

antara yang hadir

sepeaker En. Sham berguna utk surau, hehe... syabas....

dewan muslimah... ini ajer yang ada.....






pengurusi JMB pun ada bakat, cayalah..... hidup Pak Lah...........

hebat abang nih....

tu dia.... cek Mahat kita, berbakat rupanya.......

makan time, ini jer yang ada, lain kali boley oder Mcd pulak, hehe.....





mmmmm.... best jugak nescafe nih....


"SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN YG LEPAS" 

Sabtu, 30 Julai 2011

KUNJUNGAN YB ZULKIFLI AHMAD KE SURAU AT TAQWA DALAM PROGRAM PEMIMPIN BERSAMAMU

Pada hari ini 30 julai 2011 YB Zul ahli parlimen Kuasa Selangor dalam programnya PEMIMPIN BERSAMAMU menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk Apartmen Astana Alam 1, 2 dan 3.
antara orang kuat surau at Taqwa






 ada beberapa gambar yg kabur disebabkan kamera hampir kehabisan bateri, hahaha ... ini jer yg mampu dipersembahkan buat tatapan kalian.......













anak yatim ini mendapat perhatian yg lebih dari YB Zul







beberapa orang remaja juga mendapat perhatian YB Zul





sebelum ketibaan YB Zul, Cek Nuar sibuk semacam jer...



bendahari surau En Fuzi bersama En Suhaimi